Tuesday 30 March 2010

Karangan 2 (Bergambar): Punca-punca Merebaknya Wabak H1N1 Di Malaysia.



Influenza A (H1N1) ialah sejenis virus yang dibawa oleh babi dan kian menular ke sebahagian pelosok dunia. Dasawarsa ini, pandemik tersebut kian meluaskan penularannya di peringkat lokal. Kebimbangan rakyat Malaysia memuncak apabila kes terbaru mencatatkan mangsa ke-75 sejak virus ini mula merebak pada Jun 2009. Malahan, wabak ini lebih terkesan lagi apabila beberapa buah sekolah terpaksa menangguhkan sesi pentarbiahan mereka bagi memberi peluang kepada badan kesihatan membasmi virus tersebut.

Sifat nafsi yang membukit dalam diri suspek H1N1 merupakan punca utama penyebaran virus tersebut. Sebagai misalan, segelintir individu masih ingkar dengan arahan pihak kesihatan untuk dikuarantinkan. Mereka masih boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa tanpa menyedari impak yang bakal dialami oleh persekitaran sekeliling. Hal ini kerana, virus tersebut akan kekal selama enam jam pada tempatnya jika individu tidak mengamalkan praktikal yang sewajarnya seperti menutup mulut dengan tisu ketika bersin.

Di samping itu, gelombang H1N1 juga akan terus merebak sekiranya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak mengawasi tempat-tempat pemuliharaan babi bagi mengawal kebersihannya. Hal yang demikian berpotensi menjejaskan aset kesihatan penduduk yang tinggal berhampiran khususnya. Rentetan itu, perkara ini tidak harus dikerling enteng oleh PBT bagi menjamin penularan virus negatif itu tidak dimartabatkan lagi. Baik rakyat sendiri mahupun PBT khasnya haruslah bersinergi dengan kukuh demi memastikan kepentingan negara akan terus terkawal.

Tambahan lagi, terjahan virus H1N1 tersebut bakal bermaharajalela akibat kelonggaran sistem pemeriksaan di pintu import dan eksport, terutamanya di lapangan terbang. PBT harus memperketat pengesanan virus H1N1 agar virus tersebut tidak dibawa masuk oleh pelancong asing yang melawat Malaysia. Janganlah berpeluk tubuh dan mengabaikan kepentingan bahaya H1N1 kepada umum.

Tuntasnya, semua pihak haruslah mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan walau di mana-mana kita berada. Fahami langkah membasuh tangan yang betul dan elakkan diri pergi ke tempat-tempat yang sesak. "Sudah terhantuk baru terngadah", itulah rangkai kata yang paling sesuai bagi menggambarkan polemik yang dihadapi jika hal ini tidak dibanteras dari akar umbi.

307 patah perkataan
-oleh Amirul Rezza

SINONIM
1.pandemik- penyakit berjangkit yang merebak ke serata dunia
2.terkesan- memberikan impak
3.pentarbiahan- pendidikan, pelajaran
4.nafsi- pentingkan diri
5.membukit- tinggi, menggunung
6.gelombang- wabak
7.bermaharajalela- berkuasa, terus berlaku
8.import- masuk
9.eksport- keluar
10.Tuntasnya- kesimpulannya, akhirulkalam
11.polemik- isu, perdebatan
12.Dasawarsa ini- dewasa ini, kini

8 comments:

Anonymous said...

tq very much.
Amat berguna utk masa akn dtg :)

Miss_Ruqai said...

not bad lorh...so good..

Anonymous said...

thank buat kngn nie... alhamdulillah ... ak dah siap krja ni :))))

Anonymous said...

thank buat krangn nie... alhamdulillah ... ak dah siap krja ni :))))

Anonymous said...

gambar haiwan kat atas tu binatang ape?

Anonymous said...

babi

Unknown said...

thanks. .siap gak keje cuti aku. .esok na anta.

macknadell said...

Black titanium wedding band | TITNCIA TITNCIA TITNCIA
Black titanium titanium chain wedding titanium bolts band. Black titanium shift knob titanium wedding band. nano titanium by babyliss pro BLACK TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO-TOTO surgical steel vs titanium